About
Anti DAP, Anti PKR & Anti PAS

Category
Political organization

Description
DAP = Parti paling Rasis dan Anti Melayu dan Islam dalam pakatan rakyat, Wajib TOLAK UNDI DAP pada PRU yang akan datang.

PKR = Parti yang tiada hala tuju dan perjuangan, motif utama di tubuhkan semata mata untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat, Wajib TOLAK UNDI PKR pada PRU yang akan datang.

PAS = Parti yang kononya dikatakan perjuangankan Islam tetapi sudah jauh terpesong dari perjuangan asal, suka memecah belahkan orang Melayu dan Islam demi kepentingan politik, Wajib TOLAK UNDI PAS pada PRU yang akan datang.

>>>>PAS itu PARTI, ISLAM itu AGAMA..pilih PAS anda SESAT, pilih ISLAM anda selamat dunia akhirat<<<<<<

RAKYAT MALAYSIA WAJIB TOLAK UNDI PAKATAN RAKYAT PADA PILIHAN RAYA UMUM YANG AKAN DATANG.


Sejarah penubuhan Anti-DAP Club (ADC) & Anti-PKR Club (APC)

APC pada asalnya ditubuhkan oleh shasha dengan dibantu oleh beberapa admin lain antaranya Joe, Reez, Linda & Jack pada 3hb Disember 2009 dan jumlah fans telah mencecah seramai lebih 62,000 org pada October 2011. Namun APC telah dirampas oleh 2 blogger gila kuasa iaitu Papa Gomo & Padi Jantan kerana cemburukan kejayaan APC yang berjaya bersaing dgn kelab pembangkang iaitu KBSB.

Kronologi rampasan kuasa di APC : Pada asalnya Padi Jantan merupakan salah seorang admin APC tetapi beliau telah banyak menimbulkan masalah sehinggakan pihak admin menerima pelbagai aduan dari fans yg mengatakan admin Padi Jantan menggunakan bahasa kasar, lucah dan memarahi fans jika tidak mengikut rentak beliau. Kemuncaknya, Padi Jantan membuat post video lucah Anwar Ibrahim ke wall APC dan admin APC yang bertugas ketika itu telah membuang video itu kerana risaukan pihak facebook akan menggantung APC kerana menyiarkan video lucah. Namun sebaliknya Padi Jantan menuduh admin2 APC pula memihak kepada pembangkang kerana telah membuang video lucah Anwar Ibrahim yang dimuatnaik oleh beliau. Kemudian admin yg bertugas ketika itu telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Padi Jantan dari senarai admin. Lantas Padi Jantan mengajak Papa Gomo masuk campur dan membuat provokasi di wall APC. Kemudian Padi Jantan menyuruh Papa Gomo mengadakan perjumpaan dengan salah seorang admin APC (admin Hassan Mutalib) yg agak kurang pengetahuan dalam dunia IT lalu memperdaya dan meminta admin tersebut melantik Padi Jantan sebagai admin semula tanpa pengetahuan moderator APC iaitu Shasha. Kemudian Padi Jantan pun berjaya menjadi admin APC dan bertindak membuang ke semua admin2 APC termasuklah moderator (Shasha) dan admin yg melantik semula Padi Jantan menjadi admin APC. Inilah dikatakan madu diberi, tuba yg dibalas!

Buat masa sekarang kami cuma ada satu lagi kelab yang kami tubuhkan seketika dulu iaitu Anti-DAP Club (ADC) sahaja. Kelab ini diasaskan oleh Shasha namun diperanggungjawabkan kepada admin Linda untuk menggerakkannya pada mulanya. Dan sekarang admin Shasha telah mula bergiat aktif dalam kelab ini bersama dengan admin ADC yang lain.

Dan sekarang kami sebagai bekas admin2 asal APC telah berusaha menubuhkan sebuah kelab baru yang diberi nama Anti Pakatan Rakyat Club (APRC) sebagai ganti. Berikut adalah barisan senarai admin-admin yang menggerakkan kelab ini :

■ Shasha ■ Joe ■ Jack ■ Linda (keempat-ampat kami adalah penggerak utama kelab 'Anti-PKR Club' (APC) yang asal dahulu..)

Masih ada yang tidak faham kenapa kita menggunakan nama Anti-DAP Club tapi menghentam PAS, dan ini jawapannya :

Kami ada beberapa page anti-pembangkang antaranya APC, ADC, Kelab UMNO Pulau Pinang, Kelab Kami Sokong DAP Dihapuskan Seumur Hidup dan beberapa kelab lagi. Page kami yang pertama adalah Anti Pakatan Rakyat Club (APC) tapi telah dirampas oleh 2 blogger busuk hati iaitu Padi Jantan & Papa Gomo. Jadi kami terpaksa menggunakan Kelab kami yang lagi satu iaitu Anti-DAP Club (ADC) untuk teruskan perjuangan kami..lagipun antara PAS, PKR dan DAP bukankah ketiga2nya berada dalam Pakatan Rakyat??? so apa yang jadi masalah? sama saja kan?

Founded
3rd December 2009

Mission
UMNO/BN Dulu, Kini Dan Selamanya. Perjuangan Kami Yang Belum Selesai, PERANGI FITNAH Pakatan Rakyat Tanggungjawap Kami, Demi Rakyat dan Negara Malaysia.

Talking about count
39267

Website
http://anti-rebel.blogspot.com/

Were here count
0

Likes
30259

Sign Up for Free
SignUp for Idolbin
rss twitter facebook gplus